Connect with us

Politik

Isu Kecurian Nadir Bumi Di Sik: Saifudin Dakwa Sanusi Terima Surat Kompaun RM500,000

GURUN (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini meminta penjelasan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sama ada Menteri Besar Kedah itu telah menerima surat kompaun berjumlah RM500,000 berhubung dakwaan berlaku kecurian nadir bumi di Kampung Chong, Sik.

“Saya nak tanya Sanusi, sebagai Menteri Besar kamu juga Pengerusi MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah), saya nak tanya ada tak dapat surat daripada Datuk Fauzi Mustaffa Pengarah Tanah dan Galian Kedah pada hujung tahun lepas, surat yang mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri nadir bumi di Kampung Chong, Sik.

“Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, kamu dapat kompaun, surat itu bertarikh 4 Okt 2022 bersamaan 8 Rabiulawal dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 246 Kanun Tanah Negara 1965, kejadian 2.30 petang pada 24 Sept, kejadian curi nadir bumi di Kampung Chong, Mukim Sik, Kedah,” katanya.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI Peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Guar Chempedak malam tadi.

Advertisement

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Saifuddin juga berkata apa yang didedahkan beliau malam ini hanyalah permulaan dan akan ada lagi siri pendedahan dengan dokumen lengkap berhubung perkara itu.

“Kita percaya rakyat Kedah cerdik, jangan pernah pandang rendah kebjiaksanaan rakyat Kedah, yang ini yakinlah kita akan turun dan terangkan dengan elok dalam siri penerangan kita, mudah-mudahan paling kurang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (pada pilihan raya negeri) akan jadi kenyataan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel