Connect with us

Global

Kena “Scam” Kerja Kosong, Lima Pemuda Ditemui Maut Selepas Kepala Dipenggal Kartel Dadah

Seramai lima pemuda di Mexico dilaporkan dibunuh dengan kejam oleh kartel dadah selepas diperdaya dengan tawaran kerja kosong palsu, lapor New York Post.

Kesemua mangsa dikatakan berusia antara 19 dan 22 tahun dan merupakan pelajar serta mengenali antara satu sama lain.

Sebuah video rakaman kejadian pembunuhan kejam itu telah tersebar meluas di atas talian dan mendapat kecaman hebat.

Dalam video tersebut, kesemua pemuda itu dilihat diikat dengan pita pelekat, dipukul, ditikam dan dipancung.

Advertisement

Menurut El Universal, kesemua pemuda itu dikatakan telah ditipu untuk mengadakan pertemuan dengan kartel Jalisco Nueva Generacion (CJNG).

Kartel itu dipercayai mahu merekrut kesemua pemuda tersebut ke dalam kumpulan mereka, namun membunuhnya selepas pemuda berkenaan enggan menyertainya.

El Universal melaporkan bahawa salah seorang pemuda itu telah menghubungi pusat panggilan untuk mendapatkan pekerjaan.
Tanpa disedari oleh rakan-rakannya, ternyata pusat itu sebenarnya diuruskan oleh CJNG untuk tujuan merekrut orang secara paksa.

Berdasarkan laporan itu lagi, pusat panggilan tersebut telah menawarkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi serta faedah yang menarik.

Tawaran itu dibuat bagi menarik golongan muda ke dalam kartel CJNG dan merekrut mereka secara paksa.

Advertisement

Pejabat Peguam Negara di Jalisco Mexico sehingga setakat ini masih belum mengesahkan berkenaan laporan pembunuhan kejam tersebut.

Sementara itu, El Pais melaporkan bahawa tanda “Pure MZ” pada video pembunuhan kejam itu adalah dikaitkan dengan Mayo Zambada, ketua kartel Sinaloa.

Pada petang Rabu, pihak berkuasa Mexico telah menemui lokasi di mana gambar dan video itu didakwa telah dirakam.

Pihak berkuasa juga turut menemui empat mayat yang dibakar dan kepala kesemua mayat itu turut dipenggal.

Menurut pendakwa raya di negeri barat Jalisco, mayat itu terbakar teruk dan masih belum dikenal pasti identiti kesemua mangsa.

Advertisement

Kesemua mayat ditemui dalam sebuah bangunan berhampiran tempat lelaki muda itu diculik pada Jumaat.

Mayat kelima kemudiannya ditemui oleh polis di dalam kereta yang terbakar di kawasan berhampiran.

Gambar yang dikongsi oleh pendakwa raya Jalisco menunjukkan bangunan bata dan konkrit di sebuah ladang terpencil dengan padang terbuka.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Selain itu, pendakwa raya turut menunjukkan kesan darah di lantai, kasut bertaburan dan penyiasat yang memeriksa kawasan pembunuhan tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador menyifatkan pembunuhan itu sebagai sangat kejam.

Beliau turut mendedahkan bahawa kes itu kini telah diambil oleh pendakwa raya persekutuan daripada pihak berkuasa Jalisco.

Lelaki muda itu sebelum ini dilaporkan hilang pada Jumaat ketika dalam perjalanan untuk menghadiri festival di bandar Lagos de Moreno. Kawasan itu dikatakan sangat terkenal dengan keganasan kartel.

Sumber: New York Post

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel