Connect with us

Hiburan

‘Kembar’ P.Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia Pada Usia 38 Tahun

Artis yang dikenali dengan wajah persis seniman legenda P.Ramlee, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Berita duka tersebut telah disampaikan menerusi abangnya. Ruzaidi Misran menerusi hantaran Facebook hari ini.

“Innalillahiwainnahirojiun..

“Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.”

Advertisement

Difahamkan, artis kelahiran Sandakan, Sabah ini telah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 38 tahun.

Pada akhir hantarannya, Ruzaidi meminta orang ramai untuk mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah adiknya.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.”

Difahamkan, jenazah Fairuz masih berada berada di Hospital Labuan.

Sementara itu, menurut satu perkongsian di Facebook adiknya, Sazlieyanti memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.

Advertisement

Menurut Sazlieyanti, ramai yang menghubunginya untuk mengetahui punca abangnya itu meninggal dunia.

“Alhamdulillah arwah pergi dengan senang. Hanya sakit dada dan pengsan lalu dibawa ke hospital. Sesampainya arwah di hospital, dikhabarkan arwah sudah tiada, di hari Jumaat yang mulia ini, hari yang dicemburui oleh semua orang,” katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Sazlieyanti berkata, urusan pengebumian belum lagi dimuktamadkan oleh ahli keluarga setakat ini.

“Sekarang masih di Labuan dan masih dalam perbincangan antara keluarga sama ada mahu dikebumikan di Labuan (tempat isteri) atau di Kimanis, Papar (kampung arwah).

“Jadi saya sudah menjawab semua soalan kamu. Semoga segala urusan kebumian arwah dipermudahkan. Terima kasih juga untuk semua yang tidak berhenti mendoakan beliau dan sedekahkan al-Fatihah,” katanya lagi.

Advertisement

Fairuz merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara dan wajah seakan seniman agung Tan Sri P Ramlee.

Allahyarham juga merupakan juara bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 2012 dan sejak itu bakat beliau mula menyinar.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel