Tular di media sosial satu video memaparkan sedutan persembahan Baby Shima di karnival musik yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.
Dalam video tersebut, kelihatan Baby Shima yang memakai baju ketat berwarna perak sedang bergelek di hadapan penonton yang menyaksikan persembahannya.
Seorang individu kemudiannya memuat naik video tersebut dengan menulis kapsyen berbaur tidak puas hati terhadap aksi Baby Shima itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu itu kerana sebelum ini, artis antarabangsa yang ingin membuat persembahan di negara ini perlu menjaga adab dan memakai pakaian sopan.
Konsert festival musik Hausboom 2023 menampilkan 35 kumpulan musik tempatan dan juga luar negara iaitu Indonesia.
Konsert yang dianjurkan oleh jenama minuman tempatan itu kali ini dijadualkan pada 9 dan 10 September dan merupakan edisi ketiga semenjak keluaran pertamanya pada tahun 2018.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
Banned artis international datang Malaysia, tapi sedangkan artis kita sendiri macam ni rupa 👍🏻 pic.twitter.com/yKiBwT3rLU
— Kasyehhhh (@seketulakasah) September 10, 2023