Connect with us

Global

Pengarah filem lucah, lima pelakon dicekup polis

Polis Indonesia menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk menghasilkan filem lucah dan menangkap lima orang termasuk seorang penerbit di Jakarta Selatan, lapor portal berita Prohaba semalam.

Ketua Polis Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak berkata, lima orang yang ditangkap termasuk pengarah dan pelakon filem tersebut yang berdurasi antara satu jam hingga sejam 30 minit.

Pemilik rumah tersebut turut diberkas. Polis berkata, terdapat 11 pelakon wanita dan lima pelakon lelaki yang masih diburu.

“Pelakon filem panas itu menerima bayaran antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem,” kata Ade.

Advertisement

Menurutnya, 120 judul filem lucah kumpulan tersebut telah dimuat naik ke beberapa laman web yang rata-rata mengenakan bayaran 50,000 rupiah (RM15.23) untuk langganan satu hari, 150,000 rupiah (RM45.69) untuk seminggu, 250,000 rupiah (RM76.16) untuk sebulan dan setahun sebanyak 500,000 rupiah (RM152.31).

Beliau juga menyatakan bahawa pasukan produksi filem lucah itu sudah mengaut keuntungan 500,000 juta rupiah (RM152,310) dan bukan hanya wanita biasa yang berlakon tetapi juga pesohor Instagram. – Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel