Connect with us

Jenayah

SPRM tahan pengetua, ketua pembantu tadbir terima rasuah lebih RM17,000

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir sekolah kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000, awal tahun ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kluang kira-kira jam 7 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, lelaki terbabit telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penyelenggaraan pagar di asrama sekolah kepada syarikat milik kontraktor tersebut, Januari lalu,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor,Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Advertisement

Kedua-dua individu tersebut kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel