Wednesday, December 10, 2025

Kanak-kanak 11 tahun maut ditetak di Felda Sahabat

September 24, 2023
1 min read

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan dipercayai dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, ibu dan bapa tiri mangsa yang juga warga asing serta pekerja am ladang di Felda berkenaan keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama suspek lelaki terbabit berumur 33 tahun.

“Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan objek tajam pada bahagian belakang kepala serta bahagian hadapan dan belakang leher selain putus tapak tangan kiri,“ katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Rohan Shah, pihaknya kini giat mengesan suspek warga Indonesia, dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berbangsa Timor dan merupakan pekerja am di ladang sama.

“Suspek telah menghilangkan diri selepas kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,“ katanya.

Rohan Shah turut memohon kerjasama penduduk di sekitar Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain menerusi talian 013-9071709, bagi membantu mengesan suspek. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh