Connect with us

Mahkamah

Pemandu Treler Rempuh 13 Kenderaan Didakwa Hari Ini

Seorang pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam kejadian nahas di KM5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya menghala Puchong Rabu lepas didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Terdahulu suspek yang berusia 25 tahun mendakwa lori treler membawa muatan batu pasir itu gagal diberhentikan olehnya semasa kejadian sehingga treler berkenaan merempuh 13 kenderaan lain di lokasi kejadian iaitu melibatkan sebuah lori satu tan, tujuh kereta, lima motosikal dan sebuah motosikal polis trafik.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, reman terhadap suspek yang dijalankan sebelum ini telah dilanjutkan.

“Kertas siasatan berkaitan kes ini telah lengkap dan telah dirujuk kepada pendakwa raya, serta arahan telah diberikan untuk mendakwa suspek pada Isnin.

Advertisement

“Tuduhan terhadap suspek akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh individu lain cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara dekat sini.

Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi(LTDL) di lokasi kejadian.

Suspek yang merupakan pemandu treler itu kemudiannya diberkas bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel