“Bring It On! Kami Dah Simpan Semua Bukti” – Sudah Ada Bukti Kukuh, Jiran Ammar Nazhan Tak Gentar

Tular di media sosial tentang seorang Youtuber yang didakwa mengganggu jiran tetangga kerana berbuat bising dan beberapa hal lain.

Youtuber dikenali sebagai Ammar Nazhan itu telah tampil memberikan kenyataan mendakwa bahawa media telah dibayar untuk memfitnah dan menjatuhkan reputasinya.

Bagaimanapun, guru yang menularkan hal ini di media sosial turut membuat satu hantaran dan mengatakan jiran Youtuber itu langsung tidak takut dengan gertakan Ammar kerana mereka sudah menyimpan semua bukti.

“Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak.”

Advertisement

Guru dikenali sebagai Fadli Salleh itu turut menyindir Ammar kerana konon mahu tunjuk berani menggertak pemilik rumah harga jutaan ringgit.

Golongan T20 ada peguam keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah. Mereka takkan buat tuduhan melulu, dah siapkan semua bukti dan dapat jangka saman akan dibuat.

“Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Ada bukti video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak tu.

“Saya ready semua bukti-bukti sebelum bagitahu cikgu. Nak saman? Bring it on” tulisnya.

Advertisement

Kenyataan tersebut diberitahu pengadu dan diceritakan semula oleh sorang guru, Mohd Fadli Salleh menerusi sebuah hantaran Facebook miliknya.

Mohd Fadhli berkata, Ammar telah membuat keputusan yang salah kerana seolah-olah mengugut untuk menyaman golongan kelas berpendapatan tertinggi di Malaysia.

“Ammar ni nak gertak orang biasa boleh lah. Tapi nak gertak owner rumah yang mampu beli rumah harga berjuta, golongan T20 yang ada lawyer keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah.

“Sebagai nota, harga rumah Lakefront Villa tu antara range RM2j hingga RM3.7j. Dan jiran dia yang buat aduan tu adalah owner rumah, bukan penyewa.

“Golongan ni takkan buat tuduhan melulu. Mereka dah siapkan semua bukti dan dapat jangka gertakan saman ni akan dibuat,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Mohd Fadhli turut mendedahkan komuniti di kawasan tersebut merupakan pemilik yang berkemampuan untuk membeli kediaman berharga jutaan ringgit.

Terdahulu, dilaporkan bahawa YouTuber Ammar Nazhan dan rakannya membuat onar dengan membuat bising selain beberapa lagi kejadian yang kurang menyenangkan di kawasan perumahannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kejiranan tersebut.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago