Pemilik kedai makan tampil beri penjelasan dakwaan caj RM1,260

Pemilik kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di Johor Bharu tampil membuat penjelasan pada petang Rabu.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi laman sosial itu, wanita berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin Rahmat dan hampir 20 ahli keluarga yang lain pada Sabtu lalu.

Antara menu yang dipesan oleh Ekin dan keluarganya adalah pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.

“Saya pemilik gerai nombor 14, tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

Advertisement

“Pada hari Sabtu 30/9, waktu petang mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.

“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,” jelas wanita berkenaan lagi.

Wanita tersebut juga berkata bahawa dia bersedia bertemu dengan pasangan selebriti itu sekiranya Mawi dan Ekin masih belum jelas dengan harga yang dikenakan.

Terdahulu isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru (JB).

Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat menjelaskan, sebagai anak jati Johor Bahru, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza.

Advertisement

“Saya orang JB, jadi selalu balik JB dan akan cari makanan yang kami teringin nak makan.

“Kami selalu makan di kedai JDT di sebelah, tetapi pada hari kejadian ikan di kedai tersebut sudah habis,” katanya lagi.

Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.

“Kedai JDT harga memang berpatutan dan sedap, bukan semua kedai di situ cekik darah. Kedai ini pertama kali kami makan sebab tak ada pilihan lain dan ini yang terjadi,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.

Advertisement

“Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya,” tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengikut Instagram yang pernah melalui pengalaman sama menjelaskan pemilik kedai makan terbabit meletakkan harga tinggi kerana menyasarkan pelancong dari Singapura sebagai pelanggan utama.

Difahamkan isu ini sudah sampai ke pengetahuan KPDN dan kes itu kini dalam siasatan pihak berkenaan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Makcik kedai makan tampil beri penjelasan. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ DJ ORANG YANG SALAH – PseXBeatMaP

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago