Platform perkongsian video, TikTok menyatakan semalam bahawa pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan, lapor agensi berita United Press International.
“Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
“Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang,” kata TikTok dalam satu kenyataan.
Sementara itu susulan penutupan Tiktok Shop Indonesia, ramai peniaga-peniaga yang sedang live jualan untuk kali terakhir di TikTok mula berasa sedih kerana tidak dapat lagi mempromosi produk-produk mereka kepada pelanggan setia di platform itu.
Malah, ada yang runsing dengan penutupan itu kerana selama ini hanya bergantung di TikTok Shop.
Bukan itu sahaja, penutupan TikTok Shop juga memberi kesan kepada mereka yang membuat affiliate sebagai pendapatan sampingan.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan bahawa negara itu akan melaksanakan peraturan baharu yang membenarkan media sosial digunakan hanya untuk memudahkan promosi, dan bukan untuk melakukan transaksi.
Difahamkan, platform itu mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
@malaysianupdatenews Sedih pulak rasa 😥 #malaysianupdate #malaysianupdatenews #tiktokshop #indonesia #tutup #fyp ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling