Connect with us

Global

Sakit Hati Hamas Serang Israel, Gal Gadot Tak Peduli Dikecam Ajak Orang Ramai Sokong Israel

Pelakon Gal Gadot menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram menyatakan sokongannya ke atas Israel dan mengajak orang ramai supaya turut menyokong tentera Israel telah membangkitkan kemarahan pengikutnya selepas tercetusnya peperangan antara rejim Zionis itu dengan Palestin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Gadot itu, pelakon berdarah Yahudi itu menyatakan sokongannya terhadap tentera Israel dan menyeru orang ramai supaya turut serta berpihak rejim dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu.

“Saya menyokong bersama Israel dan anda juga harus begitu,” katanya di bahagian kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Gal Gadot (@gal_gadot)

Tindakan pelakon berusia 38 tahun itu mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap Israel telah menyebabkan pengikutnya menyelar tindakan tersebut.

Memetik laporan Kosmo!,  rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana pelakon filem Wonder Woman itu seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin sebelum ini.

“Saya selamanya akan menyokong Palestin,” kata seorang pengikutnya.

Advertisement

“Israel diserang selepas merampas tanah dan negara Palestin. Namun tiada yang ambil peduli,” ujar seorang netizen.

Sebahagian netizen lagi hanya meninggalkan komen berupa emoji tentera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap negara tersebut.

Dalam hantaran berbeza, Gadot seakan-akan tidak peduli selepas dikecam apabila melancarkan kempen untuk mengutip derma ke atas Israel selepas diserang bertubi-tubi oleh pejuang Hamas sehingga negara tersebut mengalami kerosakan teruk, manakala beratus-ratus warga Yahudi terbunuh.

“Sesiapa yang mahu menderma, boleh berbuat demikian. Ramai kehidupan penduduk Israel berubah semalam. Mereka kehilangan tempat tinggal dan memerlukan pertolongan,” ujarnya.

Kelmarin, pejuang Hamas telah melancarkan serangan mengejut ke atas Selatan Israel sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 700 orang termasuk askar Zionis terbunuh.

Advertisement

Sementara itu di Gaza, pegawai-pegawai melaporkan sekurang-kurangnya 413 orang terbunuh selepas wilayah itu dihujani serangan udara oleh tentera Zionis.

Rejim Zionis berkata, lebih 100 rakyatnya dipercayai dijadikan tebusan oleh kumpulan Hamas.

Sementara itu menurut Vox, seorang pegawai kanan Knesset berkata serangan itu membawa kepada kematian paling ramai orang awam sepanjang sejarah perang negara itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata semalam bahawa “musuh kita akan membayar dengan harga yang tidak pernah mereka tahu.”

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel