Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia akhirnya tampil menjawab mengenai isu kewujudan patung David yang diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur sehinggakan tular di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Syamimia memohon maaf atas kekhilafan dirinya yang leka dengan perhiasan patung dewa Yunani di dalam rumahnya.
Syamimia berkata, kecaman dan teguran itu telah membuka matanya untuk menjadi individu yang lebih peka serta sensitif terutama melibatkan agama.
“Dengan rendah hati, saya sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.”
“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.”
“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan.”
Tambah Syamimia, dia mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu terbabit.
“Saya akui masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.”
Dalam pada itu, Syamimia sekali merendahkan diri meminta maaf kepada orang ramai sekiranya tindakannya telah mengguris hati secara tidak sengaja.
Terdahulu, Syamimia dikecam gara-gara enggan berkongsi mengenai Palestin di laman sosial miliknya malah turut dikritik kerana mempunyai ukiran patung ‘David’ yang berada di rumahnya.
Patung tersebut adalah patung dewa Yunani iaitu Apollo yang cukup sinonim dengan perhiasan rumah. Bagaimanapun, umat Islam dilarang untuk menjadikan patung berkenaan sebagai bahan perhiasan rumah.
Gara-gara kontroversi itu juga, Syamimia telah kehilangan beratus ribu pengikut di TikTok miliknya.
Sumber: Instagram
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
