Annual Dinner Meriah Dengan Kehadiran Watak Landlady Dalam Filem ‘Kung Fu Hustle’

Saban tahun majlis jamuan makan malam tahunan atau annual dinner diadakan demi menghargai penat lelah pekerja-pekerja dalam membantu perniagaan syarikat masing-masing.

Sudah menjadi kebiasaan di acara seperti ini pihak syarikat akan menetapkan satu tema khas untuk lebih memeriahkan suasana. Pada saat inilah kita dapat melihat sisi lain personaliti rakan-rakan sekerja yang berperangai gila-gila dan juga kreatif.

Ramai yang mencuba sehabis baik untuk bergaya mengikut tema demi untuk menjadi pemenang utama. Ketika inilah muncul pelbagai idea yang tidak disangka-sangka yang seterusnya dapat mencuit hati penonton.

Seperti juga video yang tular di TikTok ketika ini, seorang wanita dengan berani tampil seperti persis watak Landlady dalam filem Stephen Chow berjudul ‘Kung Fu Hustle’.

Advertisement

Tanpa perlu bersolek tebal, berpakaian cantik mahupun berkasut tumit tinggi, wanita ini berjaya mencuit hati para penonton.

Dengan tahap keyakinan luar biasa yang ditunjukkan dia dilihat berjaya untuk menghiburkan seisi dewan annual dinner yang diadakan di Genting Highlands itu.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, video luci itu menerima lebih 1.5 juta tontonan dengan rata-rata netizen juga menyatakan turut terhibur dengan karakter tersebut yang disifatkan sangat menjadi.

 

Sumber: TikTok Karine V’entsin

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@karine.ventsin Since bao zou po is famous and made your day, here is another video for everyone to enjoy. #gtpcelebration2023 #gentinghighlands #gentingskyworlds #gentingthemepark #kungfuhustle ♬ Jedag Jedug Full Bass – Donny Fernanda

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago