Connect with us

Terkini

Aisyah Ditegur Suami Ketika LIVE Dedah Isu Rumah Tangga

Heboh isu rumah tangga pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang dikatakan dilanda badai akibat diserang penyakit hasad dengki atau ‘ain’ yang berpunca daripada orang luar.

Sebelum ini Aisyah tampil mendedahkan salah seorang pekerja mereka yang sangat dipercayai berani menyatakan hasrat mahu berpoligami selain mereka-reka cerita untuk meraih simpati.

Menjelaskan dengan lebih lanjut sepanjang gangguan itu berlaku, Aisyah merasakan sikap suaminya agak berbeza daripada kebiasaan.

Alif kemudiannya dibawa mendapatkan rawatan Islam sebagai satu usaha untuk memperbaiki ‘kerosakan’ yang sedang berlaku dalam mahligai mereka.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Meskipun Aisyah menjelaskan bahawa dia dan suami kini sudah beransur pulih, ada di kalangan netizen yang memberi teguran kepada pasangan itu untuk kurangkan perkongsian mengenai rumah tangga mereka.

Isu pasangan ini kemudiannya menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah video dilaman sosial memaparkan Aisyah sedang membuat sesi live.

Advertisement

Dia kemudian secara tiba-tiba ditegur oleh suaminya untuk kurangkan perkongsian mengenai hal rumah tangga mereka.

Alif dilihat meminta isteri berhenti memberi ruang kepada orang luar untuk memperkatakan mengenai perkahwinan mereka selain merasakan tindakan isterinya itu membuatkan netizen memberi tanggapan buruk kepada dirinya.

Daripada nada suaranya, jelas kedengaran Alif kurang senang apabila permasalahan keluarga itu diceritakan kepada orang luar.

Namun bukanlah marah semata-mata, tapi teguran yang diberikan oleh Alif lebih bersifat mahu melindungi keluarganya daripada tanggapan buruk orang.

Aisyah kemudian dilihat berkomunikasi dengan pengikutnya di live tersebut yang memintanya untuk menghentikan sesi siaran langsung itu.

Advertisement

“Aisyah kena dengar apa abang cakap.”

“Aisyah cuba tengok kat komen tu, orang seakan membenci abang tau.”

“Ada tak abang menghasut orang membenci Aisyah? Tidak. So kita janganlah macam tu, bercerita dekat orang,” katanya.

Video berkenaan telah mendapat komen teguran daripada netizen yang merasakan tindakan Aisyah berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya ke media sosial adalah salah.

Malah ramai juga menasihatinya untuk lebih menghormati suami yang tidak suka masalah rumah tangga mereka dihebahkan kepada orang ramai.

Advertisement

Sama-sama kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan dan rumah tangganya berkekalan sehingga ke Jannah.

Sumber: X, TikTok, Instagram

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel