Penggera CCTV Asyik Berbunyi, Wanita Dakwa Penampakan Makhluk Halus Datang Rumah

Tular di media sosial rakaman ‘penampakan’ makhluk halus yang dilihat ‘hadir’ di hadapan sebuah rumah.

Menerusi perkongsian oleh salah seorang pengguna Facebook, Norlleyla Abdullah, difahamkan dirinya sendiri mengalami situasi tersebut.

Meskipun kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar tetapi tidak bermakna syaitan dan jin tidak wujud .

Kewujudan perkara ghaib seperti jin dan syaitan di atas muka bumi ini pernah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran, memetik Maktabah al-Bakri.

Advertisement

Menjelaskan dengan lebih lanjut pada mulanya wanita tersebut tidak memikirkan bahawa jin atau syaitan yang menyerupai pontianak, pocong dan lain-lain mengacau dirinya malah sangkaan itu juga tidak pernah singgah di dalam fikirannya.

“Subuh tadi penggera CCTV asyik bunyi tidak henti-henti. Saya siap buka pintu. Nasib dia tidak tanya masak apa hari ini.

“Kemudian, suami hantar rakaman CCTV, terkejut. Ke hulur ke hilir ‘dia’ dekat situ,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam satu perkongsian, Norlleyla turut memuat naik beberapa rakaman yang menunjukkan ‘penampakan’ tersebut dan nyatanya makhluk halus itu dilihat ‘hadir’ di hadapan rumahnya.

Kejadian yang berlaku pada 4 pagi itu membuatkan Norlleyla hairan kerana penggeranya tidak henti berbunyi, seakan-akan terdapat manusia yang datang ke rumahnya.

Advertisement

‘Penampakan’ itu hanya berlegar-legar di hadapan rumahnya seperti mahu masuk ke dalam rumah yang dikenalinya.

Walaupun kelibatnya tidak jelas namun rakaman tersebut berjaya merakamnya kerana penampakan berwarna putih itu sedikit kelihatan dalam video.

Kemungkinan aura ‘kelibat’ itu dilihat seperti manusia dan disebabkan itu juga penggera tersebut berbunyi menandakan seseorang telah hadir ke rumah wanita itu.

Apabila suami Norlleyla melihat semula rakaman CCTV dan berkongsi kepadanya, mereka tidak menyangka bahawa penampakan itu yang sebenarnya mengacau mereka.

Perkongsian Norlleyla kemudiannya meraih perhatian warga maya dan rata-rata mereka terkejut dan mula menyatakan dakwaan tersendiri.

Advertisement

Norlleyla juga menyatakan penampakan tersebut bukanlah sawang labah-labah dan dia sememangnya yakin bahawa itu adalah kewujudan jin dan syaitan.

Sementara itu di Twitter sebelum ini, pemilik akaun Khey Amir pernah berkongsikan sebuah video contoh situasi dia diganggu makhluk halus ketika tidur. Katanya, waktu itu dia tinggal berseorangan di rumah sewa kerana rakan serumah pulang ke kampung.

Sumber: Norlleyla Abdullah, The Hulkey

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago