Bayi 12 bulan tidak sedarkan diri dalam jagaan taska di Melaka

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan sebuah taska di Taman Pertam Jaya, Semabok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berkenaan dimaklumkan pemilik taska terbabit kepada bapa bayi itu menerusi mesej pesanan suara WhatsApp kira-kira 9.30 pagi.

“Bapa kepada bayi berkenaan yang berusia 30 tahun itu dimaklumkan oleh pemilik taska bahawa bebola mata hitam anaknya bergerak ke atas ketika sedang dimandikan dan dipakaikan baju selain turut bertanya sama ada mangsa pernah diserang sawan atau tidak.

“Bapa mangsa kemudian bergegas ke taska itu dan mengambil anaknya untuk dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis pada 12.31 tengah hari semalam,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata pemeriksaan awal doktor mendapati bayi berkenaan mengalami pendarahan di bahagian kepala dan kini masih dirawat di hospital itu.

Beliau berkata bapa mangsa turut memaklumkan bayinya itu pernah terjatuh ketika berada dalam jagaan taska berkenaan dan mengalami bengkak di dahi serta lebam di pipi dalam kejadian pada Jumaat (27 Okt) lepas.

Christopher berkata pemilik taska berkenaan memberi alasan punca kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh daripada kerusi bouncer.

Beliau berkata siasatan terperinci berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kanak-kanak itu tidak sedarkan diri. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

4 hours ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

1 day ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

3 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

5 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago