Connect with us

Global

Setiap Hari Mereka Rogol Secara Bergilir, Ayah Subuh, Atuk Siang & Pak Cik Malam

Rumah keluarga seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk semua orang, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.

Namun tidak bagi remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Jawa Timur ini.

Tambah menyedihkan lagi apa yang berlaku kepada gadis berusia 17 tahun ini, dia bukan sahaja menjadi mangsa rogol bapa kandung, malah turut menjadi pemuas nafsu bapa saudara dan juga datuknya sendiri.

Kejadian keji itu dilaporkan dilakukan oleh mereka pada tanggal 1 Ogos sampai 5 Ogos secara bergilir-gilir. Pertamanya, ia dimulakan oleh datuknya ketika gadis malang itu sedang tidur siang hari, jam 9.00 ke 9.30 malam dilakukan oleh pak ciknya dan giliran terakhir adalah si ayah iaitu pada waktu subuh.

Advertisement

Difahamkan, kedua-dua orang tuanya sudah lama bercerai dan ibu kandungnya yang telah berkahwin baru tidak lagi mengambil tahu tentang keadaan gadis terbabit sejak bayi lagi.

Tidak sanggup lagi menanggung penderitaan, akhirnya pada 6 Ogos ketika mereka semua tiada di rumah, gadis berkenaan berjaya mengumpul kekuatan untuk melarikan diri dan berlindung di sebuah rumah Allah.

Dia tidur dari satu masjid ke masjid yang lain sehingga ditemui penduduk. Gadis itu mendedahkan bahawa dia sudah tidak sanggup lagi untuk menjadi tempat melepas nafsu selain kerap dikasari dan diugut sekiranya berani membuka mulut.

Dia turut mendakwa pernah hadir ke balai polis untuk membuat laporan, namun ianya tidak dapat diteruskan kerana kekurangan saksi dan dia juga gagal menyertakan kad pengenalan dirinya.

Kini pihak polis telah mengambil tindakan lanjut dan ibu kandungnya turut dipanggil untuk memberikan keterangan.

Advertisement

Sementara itu, ibu mangsa mengakui sangat kecewa dan sakit hati melihat anaknya dirogol oleh orang-orang yang sepatutnya melindunginya. Katanya, dia telah bercerai dengan suspek sejak anaknya berusia setahun lebih.

Perceraian itu juga disebabkan oleh tindakan ganas si suami. Sehingga akhirnya, dia tidak tahan dengan keadaan itu dan memutuskan untuk bercerai.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumber: Portal Grid ID, tribunnews

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel