Penggunaan mesin basuh layan diri di kedai dobi kini semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini. Walaupun memiliki mesin basuh sendiri di rumah, sesetengah individu lebih suka memilih untuk membersihkan pakaian di dobi kerana adanya mesin pengering, seterusnya memudahkan kerja-kerja melipat di ruang yang disediakan.
Namun bagi pemilik pula, untuk memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah, lagi-lagi untuk membuka sebuah kedai dobi layan diri. Terdapat pelbagai masalah yang perlu diambil kira termasuklah kerosakan barang-barang di premis perniagaan akibat sikap tidak bertanggungjawab ssetengah pelanggan.
Menerusi hantaran di TikTok @Syaharizul, dia berkongsikan satu situasi dimana 2 individu yang dipercayai sepasang suami isteri cuba untuk mengeringkan 2 gulung tilam milik mereka.
Dia yang kebetulan berada di kedai dobi tersebut sempat merakamkan perbuatan mereka. Jelas kelihatan saiz mesin itu tidak mampu untuk menampung tilam, namun mereka masih berusaha untuk menyumbatnya.
Mereka dilihat sedaya upaya untuk menggulungnya, namun masih terdapat bahagian hujung tilam yang tidak mampu lagi ditolak masuk ke dalam mesin pengering itu.
Dalam rakaman berdurasi 25 saat itu, Wanita terbabit dilihat buntu memikirkan mengenai tilam mereka yang masih gagal untuk dimuatkan lagi.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen pula, netizen turut terkejut melihat perbuatan tidak bertimbang rasa yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Harap video yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
Sumber: TikTok Syaharizul
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
@adilsyharull15♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa