Tuesday, December 09, 2025

Sebak! Graduan UniSZA Terima Berita Bapa meninggal 15 Minit Sebelum Terima Skrol ijazah

November 7, 2023
1 min read

Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol dalam majlis konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) sekelip mata bertukar hiba apabila menerima khabar kematian bapanya.

Luluh hati apabila dimaklumkan berita kematian bapanya yang berada di Tawau, Sabah meninggal dunia kira-kira 15 minit sebelum menerima skrol ijazah sarjana muda pada Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-25 kelmarin.

Difahamkan, Haslina Kalang, 23 menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah yang memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi.

Memetik laporan Kosmo! Haslina berkata, dia menguatkan diri juga menaiki pentas untuk menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (Dengan Kepujian) tersebut daripada Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Yusof Noor biarpun dengan linangan air mata.

“Sewaktu menunggu giliran nama diumumkan (untuk menerima skrol ijazah), saya tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada salah seorang jiran pada pukul 10.30 pagi.

“Luluh hati saya apabila dimaklumkan ayah (Kalang Tona, 56) yang menderita strok baru meninggal dunia,” katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen UniSZA ke-15 di sini hari ini.

Haslina yang berasal dari Tawau mengakui pada mulanya berat untuk menghadiri majlis konvokesyen terbabit kerana terlalu risaukan tahap kesihatan bapanya.

Dia bagaimanapun akur apabila bapanya bersungguh-sungguh meminta hadir ke majlis konvokesyen bagi menerima sendiri skrol ijazah sarjana mudanya itu.

“Saya dengan berat hati hadir ke majlis konvokesyen ini dengan ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, yang kini menetap di Johor.

“Memang sebaik tamat pengajian dahulu, saya terus pulang ke kampung halaman dan tidak memohon apa-apa pekerjaan semata-mata menjaga ayah yang terlantar akibat strok,” katanya.

Dalam pada itu, prihatin akan nasib yang menimpa graduannya, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM 2,500 kepada Haslina. Sumbangan tersebut bagi membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini.

Pada awalnya, Haslina sepatutnya pulang ke kampung halaman pada esok sebaik sahaja majlis konvokesyennya selesai hari ini.

“Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA,” maklum UniSZA dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Allah, sedihnya #malaysianupdate #malaysianupdatenews #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #unisza ♬ Ayah – Seventeen

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini