Wednesday, December 10, 2025

‘Suami Tenang Baring Atas Katil..’ – Isteri Naik Angin Serbu Suami Di Rumah Pelacuran

November 7, 2023
1 min read

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan berkekalan hingga ke Syurga. Namun, tidak semua orang diberi peluang mengecapi kebahagiaan seperti yang diidamkan.

Seperti video yang tular baru-baru ini, perbuatan curang seorang suami akhirnya terbongkar selepas isterinya melihat sendiri perbuatan ‘jijik’ suaminya bersama wanita lain.

Menerusi video yang sudah menerima lebih 2 juta tontonan menerusi aplikasi X @PaiC1 itu, seorang isteri dilihat nekad melakukan serbuan di sebuah lokasi sarang pelacuran.

Ketika dia menyelak langsir didalam sebuah bilik kecil, kelihatan seorang wanita seperti berkemban sedang bersama 2 lelaki di atas katil dengan salah seorang daripada mereka adalah suaminya sendiri.

Dia yang hilang sabar menyuruh suaminya itu segera keluar dan terus mencengkam kolar baju sebelum melempang tepat ke arah wajahnya.

Dia juga turut dilihat merentap rambut suaminya, namun apa yang lebih membuatnya hilang sabar apabila suaminya seperti tidak bersalah malah ‘menjawab’ setiap patah perkataan darinya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia dan ramai wanita lain memberikan semangat di ruangan komen kepada si isteri malah ada juga yang mencadangkan agar dia bercerai dengan lelaki tersebut.

Sumber: X @PaiC1

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh