Connect with us

Terkini

“Suami cakap aku ada ada Ijazah, patutnya lebih mudah diajar” – Isteri Hamil Menangis Dibentak Suami Ketika Belajar Pandu Kereta

Dalam keadaan sekarang ini, rata-rata wanita perlu mempunyai kemahiran untuk membawa kereta sendiri. Namun bukan untuk tunjuk hebat tapi sekurang-kurangnya dengan kebolehan ini, kaum wanita tidaklah terlalu bergantung kepada pasangan masing-masing atau pun orang lain.

Ramai wanita diluar sana yang mempunyai alasan tertentu kenapa tidak mahu memandu kereta sendiri. Mungkin fobia dan tiada keberanian untuk meredah jalan jem atau merasakan diri sudah cukup selesa dengan adanya suami untuk menolong dibawakan ke mana-mana sahaja.

Tak kiralah kita sebagai surirumah sepenuh masa atau berkerjaya sekalipun, kita wajib pandai bawa kereta sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan nanti.

Seperti sebuah video yang dikongsikan oleh seorang ibu hamil ini yang berkongsikan pengalamannya belajar memandu dengan suaminya sendiri.

Advertisement

Bercerita dengan lebih lanjut dia berkata dia ketika itu sedang belajar memandu di sebuah kawasan lapang.

Namun apa yang lebih membuatnya terasa hati, disebabkan dia masih belum cekap sepenuhnya untuk mengawal kenderaan dia dibentak-bentak oleh suaminya kerana sedikit kesalahan yang dilakukannya.

Malah suaminya itu turut bertindak keluar dari kereta dan membiarkan dia bersendirian.

“Saya dibodohkan, dia yang tak sabar nak ajar saya, sebab dia kata saya pelajar lepasan ijazah dan sepatutnya lebih mudah mengajar. Padahal tak ada kaitan, kan?,” tulisnya.

Dalam cuaca yang hujan lebat itu, dia terasa seperti hendak mengalah namun memikirkan kesenangan untuk menghantar dan mengambil anaknya di sekolah nanti, wanita ini terus kuatkan diri.

Advertisement

“Menjemput anak ke sekolah memang mahal, saya tidak mampu membayarnya jadi saya tidak mahu berputus asa. Saya perlu buktikan kepada suami bahawa saya pasti boleh melakukannya, awas” tulisnya lagi.

Tanpa memperdulikan air mata yang terus mengalir di pipi, dia nekad meneruskan ‘sesi pembelajaran’ tersebut secara bersendirian.

Menjengah ke ruangan komen, video yang kini telah mencecah lebih 2 juta tontonan itu, rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama ketika belajar memandu. Mereka bagaimanapun terus memberi kata-kata semangat agar wanita itu akan berjaya suatu hari nanti.

Sumber: TikTok Indie

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@indie_nyaman.clo Baru mau belajar mobil setelah kepepet kudu anter jemput anak, malah kena bentak #belajarnyetirmobil #pasutri ♬ son original – tswiftmusic

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel