Bekas vokalis kumpulan rock tanah air Jinbara, Tia atau nama sebenar beliau Shamsul Bakhtiar Zakaria, meninggal dunia malam tadi.
Difahamkan bekas vokalis kumpulan Jinbara itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.17 malam akibat masalah kanser hati.
Terdahulu, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.
Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.
Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.
Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor kemudian mengesahkan penyanyi tersebut menghidapi kanser hati.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI