Connect with us

Hiburan

Shuib Jawab Isu Caruman KWSP Staf Bubblebee

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila seorang individu memuat naik surat terbuka buat syarikat minuman Bubble Bee.

Selepas tersebarnya surat terbuka tersebut, akhirnya Pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib sebentar tadi tampil memberikan penjelasan berkenaan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan staf Bubblebee.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik video penjelasan berkenaan menerusi akaun Instagram Bubblebee (@bubblebeemalaysia) serta akaun peribadinya (@shuibsepahtu).

Dalam video yang berdurasi lebih enam minit itu, Shuib menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku berhubung penularan satu surat sebelum ini.

Advertisement

Pada awal video, beliau menerangkan kedudukannya sebagai seorang pengasas dan pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Bukan itu sahaja, Shuib turut menjelaskan bahawa beliau telah memegang jawatan Ketua Pemasaran sejak perusahaan tersebut didirikan.

“Tetapi, saya tidak dikhususkan untuk berada di bahagian kewangan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa setiap bahagian dalam syarikat tersebut diterajui oleh individu-individu yang berbeza.

Sepanjang Bubblebee beroperasi selama tiga tahun lebih, syarikat itu telah menempuhi pelbagai onak dan duri, namun masih bertahan sehingga ke hari ini.

Advertisement

Menurut Shuib lagi, syarikat tersebut kini memiliki lebih 300 orang staf.

“Adat berniaga, kita ada turun dan kita ada naik, kita ada macam-macam dugaan.”

Tidak lari daripada menghadapi dugaan
Ujarnya, salah satu dugaan yang dihadapi termasuk isu yang sedang dihadapi oleh Bubblebee ketika ini.

“Sampailah tahun ketiga, saya merasakan Bubblebee terlibat dengan masalah salah urus daripada segi kewangan.

“Alhamdulillah, kita ada buat jualan yang sangat tinggi. Ada keuntungan yang kita buat, tetapi apabila ada masalah salah urus, banyak perkara menjadi kelam kabut. Itu yang berlaku, ” katanya.

Advertisement

Oleh sebab itu, pada November 2022, beliau bersama seorang lagi rakan kongsi kemudian mengambil alih hampir kesemua urusan syarikat, termasuk bahagian kewangan.

“Jadi kita melalui tahun 2023 dan tahun 2023 bukanlah tahun yang baik sangat untuk industri F&B.

“Dari segi jualan kita jatuh. Kita banyak nak kena bayar, itu dan ini. Kami akui Bubblebee ada sangkut KWSP, cuma saya nak buat pencerahan.

“Bila surat layang itu dikeluarkan di TikTok, seolah-olah kami Bubblebee memang langsung buat tak tahu tentang KWSP staf-staf kami.

“Itu macam tak okay sangat lah. Sebab saya nak beritahu bermula daripada awal tahun 2023 kita berhubung dengan KWSP dan kita maklumkan kepada mereka apakah situasinya.

Advertisement

“Kita tahu kita ada tunggakan sebanyak ini yang mana kami tidak boleh nak bayar sekali. Jadi kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran.

Kata Shuib, ia merupakan kewajipan Bubblebee sebagai sebuah syarikat yang perlu membayar caruman KWSP walau apa pun situasinya.

“Itu hak pekerja dan Alhamdulillah kami ada buat pembayaran. Banyak juga pembayaran yang sudah dilakukan cuma menunggu untuk keputusan berapa kali ansuran dan setiap ansuran itu berapa kali kami boleh bayar.

“Jadi, kalau tulisan yang sedang viral ini menampakkan seperti kami memang buat tidak tahu langsung tentang KWSP staf kami, itu adalah salah.

“Kita berhubung dengan KWSP dan kita faham keadaan kita. Kita perlu rundingan, kita tak boleh bayar sekali (jadi) kita bayar sedikit-sedikit.

Advertisement

Dalam pada itu, Shuib mahu mengelak orang luar daripada salah faham, menganggap Bubblebee mengambil hak pekerja-pekerja dan langsung tidak mencarum KWSP.

“Tidak benar. Itu kewajipan Bubblebee dan kewajipan saya sebagai pengasas dan pemegang saham.

“Satu perkara yang saya boleh kongsi sepanjang tiga tahun lebih Bubblebee beroperasi, kita lalui saat genting masa PKP dan kita tidak pernah potong gaji pekerja.

“Saya juga nak maklumkan sepanjang tiga tahun lebih sampai ke saat ini, kita tak pernah tak bayar gaji,” tegas Shuib.

Seterusnya, Shuib menganggap apa yang berlaku ketika ini sebagai dugaan dalam perniagaan yang perlu dihadapi mereka.

Advertisement

“Kami percaya Bubblebee boleh pergi sangat jauh dengan pengurusan yang betul. Sekarang kita diurus oleh pengurusan yang baru.

“Sekarang ini Bubblebee kami bergerak ke hadapan. Kita nak keluar dengan rekaan baru, imej baru dan menu baru.

“Kita nak Bubblebee sampai ke luar negara, pergi ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Di hujung video penjelasan tersebut, Shuib sempat memohon maaf kepada staf-staf dan bekas staf Bubblebee di atas kekurangan yang berlaku.

“Insha-Allah kami akan selesaikan secepat mungkin. Saya tak mahu ada salah faham.

Advertisement

“Saya juga nak beri penghargaan kepada staf-staf yang masih bertahan dan setia dengan Bubblebee.

“Ada yang mula daripada awal, ada yang sampai tiga tahun lebih, terima kasih banyak di atas kepercayaan, memahami dan tolak ansur.

“Terima kasih banyak-banyak”.

Shuib juga menegaskan mereka tidak menganiaya mana-mana pihak dan berharap semua urusan dipermudahkan.

Terdahulu syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP dalam tempoh yang ditetapkan selepas tular surat terbuka daripada seorang individu tidak dikenali di aplikasi TikTok.

Advertisement

Menerusi kenyataan dalam surat terbuka berkenaan, Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan, namun tiada transaksi berlaku pada akaun para pekerja.

Sumber: @bubblebeemalaysia & @shuibsepahtu via Instagram

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel