Wednesday, December 10, 2025

Pemuda Cina Ini Sanggup Bayar Sewa Tunggakan Selama Setahun Demi Selamatkan Kedai Nasi Lemak Kegemarannya Daripada Ditutup

December 24, 2023
1 min read

Tular kisah seorang lelaki Cina yang sanggup melunaskan tunggakan sewa selama setahun untuk menyelamatkan gerai nasi lemak kegemarannya daripada ditutup.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook, lelaki bernama Sunny Coco itu merasa terkilan apabila gerai langganannya terpaksa ditutup kerana gagal membayar sewa.

“Mereka mula berniaga sejak zaman datuk dan sekarang sudah sampai generasi ketiga. Disebabkan bas tidak berhenti di sini, pelanggannya sudah kurang dan terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun.

“Mak cik menangis dan memberitau pihak bangunan sudah keluarkan surat amaran dan memintanya menutup gerainya. Tanpa memikir, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar kepada kerajaan petang ini” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Difahamkan, kegagalan ini berpunca daripada kesukaran dihadapi pemilik gerai nasi lemak untuk mendapatkan pelanggan memandangkan tiada lagi bas berhenti di situ.

Oleh kerana pelanggan mula berkurang, pemilik gerai berkenaan tidak dapat meraih keuntungan seterusnya gagal melunaskan tunggakan bayaran sewa selama setahun.

Pengusaha nasi lemak kemudian menerima surat amaran daripada pemilik premis yang mengarahkannya berhenti beroperasi dan mengosongkan gerai secepat mungkin.

Sebaik sahaja mendengar khabar sedih tersebut, Sunny Coco tanpa berlengah terus mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri untuk membayar tunggakan sewa itu.

“Saya makan nasi lemak ini sejak umur 7 tahun. Mereka mula berniaga sejak zaman Datuk dan sekarang sudah sampai generasi ketiga. Disebabkan bas tidak berhenti di sini, pelanggannya sudah kurang.

“Terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun. Mak Cik menangis dan beritahu pihak bangunan sudah keluar surat amaran dan suruh dia berhenti. Tanpa memikir, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar.

“Saya sangat marah kerana gerai 50 tahun diminta tutup. Saya suruh dia pergi bayar agensi kerajaan ini, kalau mereka tak izin sambung sewa, saya akan marah mereka”

“Saya seorang Cina boleh bantu mereka bayar sewa setahun tanpa kira kaum, kenapa kerajaan tidak boleh bantu ibu tunggal ini? Di mana semangat 1 Malaysia? Ini adalah lauk kepunyaan orang Kulai yang telah tiga generasi ada dan saya akan pastikan mereka terus berniaga” tambahnya.

Seperti dijangka, hantaran di Facebook itu dibanjiri dengan pujian yang mengagumi tindakan lelaki tersebut kerana ikhlas membantu walaupun mereka berlainan kaum.

Isu ini dikatakan sudah selesai selepas peniaga membuat bayaran dan mereka dibenarkan untuk terus beroperasi.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh