Connect with us

Hiburan

Tidak Lagi Bersama Suria FM, Netizen Luah Rasa Kecewa Suria FM Tak Sambung Kontrak Tyzo

Netizen meluahkan rasa hairan bagaimana Tyzo boleh tidak disambung kontrak di stesen radio Suria FM sedangkan dia adalah pemenang Anugerah Penyampai Radio Paling Popular ABPBH yang lalu.

Suria FM kelmarin mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, secara rasminya berakhir.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menyifatkan khidmat Tyzo sangat besar sumbangannya dan akan sentiasa menyokong kariernya ke depan.

DJ Lin berkata keputusan yang dibuat merupakan langkah pihaknya merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

Advertisement

Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin dalam satu kenyataan.

Sementara itu netizen sukar menerima keputusan Suria FM untuk tidak melanjutkan kontrak Tyzo sedangkan beberapa bulan lalu dia baru sahaja memenangi anugerah penyampai radio paling popular.

Advertisement

Dalam satu kenyataan Tyzo di media sosial beliau, Tyzo tidak mahu ada pihak selepas ini cuba memutar belitkan cerita.

@tyzoxander SAYA MINTA MAAF KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN SAYA. SAYA MASIH LAGI MAHU BEKERJA. SAYA PUNYA ANAK, TAPI INI BUKAN KEHENDAK SAYA. INILAH HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR UNTUK SEBUAH KEMENANGAN PENYAMPAI RADIO POPULAR, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2023 #abpbh35 ♬ original sound – tyzo X xander

“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar suria petang. Buat kak Rara ataupun Shiera Ijoy, saya akan rindukan bekerja dengan akak. Saya tidak redha pemergian ini”

“Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya. Selamat tinggal.

Terkini Stesen radio Hot FM dilaporkan meminta pendapat orang ramai untuk ‘melamar’ penyampai radio, Tyzo Xander atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris berikutan penamatan kontrak secara mengejut oleh Suria FM.

“Semua setuju kalau Tyzo bersama Hot FM?

Advertisement

“Komen dan tag Tyzo okay. Kami nak lepak dengan Tyzo,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Tyzo menamatkan penguasaan DJ Lin dalam kategori Penyampai Radio Popular apabila merampas gelaran itu daripada rakan setugasnya itu.

DJ Lin meraih trofi Penyampai Radio Popular pada ABPBH 29 dan tiga edisi berturut-turut iaitu pada edisi ke-32, 33 dan 34.

Terdahulu, stesen radio Suria FM mengumumkan khidmat beliau sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang telah berakhir.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel