Connect with us

Hiburan

Anggap Tyzo macam adik, mangsa sebenar adalah DJ Lin

Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata beliau yang meminta perkhidmatan bekas penyampai Suria FM, Tyzo berakhir pada 12 Januari lalu, lapor mstar.

Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse menjelaskan telah menilai melalui dua aspek utama iaitu dari segi jumlah pendengar dan kewangan syarikat. Jadi, melihat daripada aspek jumlah pendengar, segmen Suria Petang yang dikendalikan DJ Tyzo tidak mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi dan menunjukkan penurunan.

“Selepas ambil kira semua aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan dengan Suria. Keputusan ini saya buat dan arahan telah diberikan kepada pengurusan.”

“Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu juga tidak membantu menaikkan jumlah pendengar. Malah segmen lain lagi tinggi jumlah pendengar.”

Advertisement

Dalam pada itu, Datuk Aminuddin turut berpendapat DJ Lin hanya menjadi mangsa keadaan untuk dipersalahkan dalam kes Tyzo.

“Ramai yang kecam dan menuduh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.”

Datuk Aminuddin dalam pada itu menyatakan gaji Tyzo akan tetap dibayar sehingga Mac nanti mengikut kontrak yang telah diputuskan. Oleh sebab itu, beliau berharap agar isu ini ditamatkan jika tidak mereka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

Sementara itu memetik laporan Harian Metro, DJ Lin berkata, dia tidak menyangka Tyzo tergamak mengeluarkan perkataan itu sedangkan hubungan mereka selama ini ibarat adik-beradik.

“Saya agak sedih sebab tak tahu apa masalah dia sehingga sanggup mengeluarkan perkataan itu.

Advertisement

“Saya anggap dia seperti adik saya sendiri kerana kami sudah kenal sejak 2006 ketika bekerjasama di Suria FM sebelum kontraknya tamat pada 2012.

“Selepas itu ketika saya dilantik sebagai Pengurus Besar Suria FM, antara langkah pertama saya buat adalah memanggil kembali tiga bekas penyampai dan salah seorangnya adalah Tyzo.

“Ketika saya usulkan nama dia kepada pihak pengurusan tertinggi Suria FM, Alhamdulillah dia diberi rezeki untuk kembali berkhidmat semula pada 2016.

“Sejak itu juga hubungan kami semakin rapat. Saya tak nampak di mana silapnya. Saya tidak mengatakan orang tak berhak benci saya, cuma saya sayangkan silaturahim yang sudah terjalin,” katanya.

Ditanya mengenai tuduhan netizen yang mengatakan DJ Lin dengki dengan kejayaan Tyzo selepas menewaskannya dalam kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 pada Julai tahun lalu, DJ Lin menafikan fitnah itu.

Advertisement

“Saya rasa dengki itu tidak ada. Dalam menentukan barisan nama bukan keputusan saya seorang. Segala keputusan dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi.

“Sebenarnya selepas berakhir anugerah itu saya mengarahkan staf saya untuk mempromosikan kejayaan Tyzo di media sosial kerana kami amat bangga dengan hasil kejayaan produk kelahiran Suria FM.

“Malah saya juga ada meminta kakitangan untuk menganjurkan majlis kejutan sempena kejayaannya dan buktinya masih ada di platform media sosial Suria FM.

“Selain itu, saya juga masih menyimpan ucapan kejayaan kepada Tyzo yang memenangi anugerah itu. Kalian boleh lihat, saya tak padam lagi,” katanya.

Dalam masa sama, DJ Lin berkata, dia belum bersedia untuk berjumpa empat mata dengan Tyzo.

Advertisement

“Kalau dia nak jumlah biarlah antara dia dengan pihak pengurusan Suria FM saja,” katanya.

Sumber: mstar, Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel