Connect with us

Terkini

Padam Video, Dd Chronicle Mohon Maaf

Pempengaruh media sosial, Dd Chronicle tampil memohon maaf berkaitan video parodi yang tular sejak Selasa lalu kerana didakwa mempersendakan keputusan mahkamah yang membatalkan enakmen kanun jenayah syariah.

Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang dan tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi.

Sementara itu memetik Sinar Harian, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan menarik balik hasrat untuk membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berkait video parodi dilakukan yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Ketuanya, Mohd Hasbie Muda berkata, pihaknya tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle.

Advertisement

“Permohonan maaf diterima. Tetapi laporan polis tetap diteruskan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang berdurasi tiga minit 55 saat yang memaparkan tindakan pempengaruh itu melakonkan semula perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

@malaysianupdatenews Padam Video, Dd Chronicle Mohon Maaf #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #ddchronicle #videoviral #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel