Connect with us

Hiburan

Aslam Tak Mampu Poligami, Abby Terkejut Perubahan Marissa

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan pandangan terhadap dakwaan mengatakan anak perempuannya, Marissa Dania sudah pun bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Aslam di Thailand baru-baru ini.

Ujar Abby, lelaki yang dikaitkan dengan Marissa itu bukanlah seorang lelaki yang layak menjalani kehidupan poligami.

“Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami, saya tidak nampak dia berkemampuan.”

Perkara itu diberitahu ketika sesi temu bual Abby bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini.

Advertisement

Abby berkata lagi, dia ada bertemu dengan Aslam namun segalanya tidak berjalan dengan lancar kerana kurang senang dengan pilihan Marissa untuk bernikah di usia yang muda.

Dalam pada itu, Abby mendedahkan dia dan keluarga sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa berhubung dan mempunyai hubungan dengan Aslam.

Tambah pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ itu lagi, dia terkejut dan menjadi tertanya-tanya terhadap perubahan sikap yang berlaku dalam diri Marissa.

Keluarga yang lain tak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang (Aslam).

“Lillahitaala, Marissa dengan saya daripada kecil tapi saya dapat lihat dia tak macam dulu.”

Advertisement

“Saya pun pelik dan rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya itu berubah dan berpusing 360 darjah begini.”

“Perkara ini sebenarnya memang di luar jangkaan saya dan ayah dia sebab kami dah berusaha sehabis baik untuk jaga anak.”

Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel