Connect with us

Mahkamah

Bekas pelajar tingkatan enam bunuh rakan dipenjara 30 tahun

KUALA TERENGGANU (Bernama) — Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh, 23, mengaku bersalah membunuh Siti Nur Suraya Ismail, 19.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu 2 Nov 2020.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 Nov 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Mahkamah bagaimanapun hanya mengenakan hukuman pemenjaraan terhadap tertuduh ekoran pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsunya yang baru pulang dari sekolah.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel