Connect with us

Hiburan

Cerai Adalah Jalan Terbaik, Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai

Hari ini pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz.

Peguam yang mewakiki Bella, Azmi Mohd. Rais berkata aktres itu memfailkan perceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin.

“Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.”

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.”

Advertisement

Ketika ditemubual oleh pihak media, Bella yang kelihatan sayu tidak dapat menahan sebak apabila kongsikan perihal anak mereka.

“Bella cakap dengan Aliff, awak sentiasa boleh jumpa anak-anak, saya takkan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa dengan anak-anak.”

Mengharapkan urusan perceraian dipermudah dan dipercepatkan, Bella memberitahu dia nekad untuk berpisah kerana sudah memberi banyak peluang kepada suaminya.

“Saya rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi saya dan juga Aliff. Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar.

“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella. Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan dari jauh,” ujarnya lagi.

Advertisement

Pada 16 May 2019, Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.

Namun pada April 2020, Bella membuat pengakuan bahawa dia sudah kembali rujuk semula dengan Aliff Aziz ketika dalam edah.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel