Connect with us

Terkini

Polis kesan tiga lelaki edar kad pinjaman wang tanpa lesen, judi di bazar Ramadan

IPOH: Polis Perak sedang mengesan tiga lelaki disyaki menjalankan kegiatan menyebar kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar bazar Ramadan di Stadium Perak, di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kegiatan lelaki terbabit telah dirakam oleh seorang daripada peniaga di bazar berkenaan yang dimuat naik di media sosial.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga lelaki terbabit telah menjalan kegiatan menyebarkan kad perniagaan wang tanpa lesen dan judi dalam talian sejak tiga hari lepas.

“Rakaman berdurasi 1.01 minit itu menunjukkan seorang lelaki menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di setiap gerai di bazar Ramadan di Stadium Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata satu temu bual telah diadakan dengan peniaga berkenaan dan butiran kejadian sudah diperoleh serta usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

“Tiada laporan polis diterima dari mana-mana pihak setakat ini. Tindakan masih diteruskan,” katanya.

Semalam, tular satu video di laman Facebook milik Oppa Zuzu Kitchen dipercayai seorang daripada peniaga di bazar berkenaan, memaparkan kegiatan lelaki yang menyebarkan kad pinjaman tanpa lesen dan judi dalam talian. – BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel