Semalam Khairul Aming telah meraikan 100 orang pekerjanya dengan membawa mereka membeli baju raya.
“Jadi semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal dan dendeng nyet sebab kita nak raikan kesemua staf kita untuk persediaan hari raya nanti.
“Macam-macam aktiviti kita buat, pertama semalam kita bawa mereka beli baju raya, yang ni memang wajib setiap tahun.
“Cumanya staf aku makin ramai, nak dekat 100 orang, jadi penuh satu kedai. Tapi Alhamdulillah mereka sangat gembira.
“Macam biasa semua orang bebas boleh beli baju, tak perlu sedondon. Beli je ikut warna masing-masing suka, corak tudung semua pun ikut selera masing-masing,” katanya.
Dalam video yang dimuatnaik di laman X itu, ia juga memperlihatkan semua pekerja diberikan bonus sempena hari raya dan dibawa berbuka di sebuah hotel.
“Seterusnya kita pergi kilang pula, masa ni yang mereka semua nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua staf dan masa ni muka mereka dah tersenyum dah.
“Kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persediaan raya dengan keluarga juga nanti.
“Lepas tu kita pergi hotel untuk majlis berbuka puasa pula,” katanya.
Sementara itu, Khairul Aming juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.
Tonton video penuh dibawah.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak pic.twitter.com/vmMP5xFmGX
— Khairulaming (@khairulaming) April 2, 2024
perghh tebal wehh agak agak berapa tu! bestnya jadi staff KA pic.twitter.com/SoGEyIUz0F
— (@localrkyt) April 2, 2024
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
