Friday, December 05, 2025

Sambut Aidilfitri awal, Imam dakwa sudah telefon Allah

April 6, 2024
1 min read

JAKARTA – Beratus-ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta yang menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam berbuat demikian berdasarkan dakwaan pelik imam mereka, lapor media Indonesia.

Menurut portal berita suara.com, imam KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau lebih mesra dipanggil Mbah Benu berkata, dia telah menghubungi ‘Tuhan’ menerusi telefon untuk bertanya tentang tarikh hari raya.

“Saya tidak menggunakan (kaedah) perhitungan. Saya ‘telefon’ kepada Allah. Ya, Allah hari ini (Khamis) sudah 29 (Ramadan), bilakah 1 Syawal?,” katanya.

Ibnu kemudian mendakwa bahawa dia diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat (semalam).

ADVERTISING

Menurut Suara.com, berdasarkan keyakinan itu, dia membuat keputusan untuk menyambut hari raya bersama jemaahnya semalam.

Para jemaah masjid itu yang tinggal di luar negara seperti Malaysia, India dan United Kingdom (UK) turut menyambut ‘Aidilfitri’ pada hari tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Bidang Urusan Agama Islam, Pejabat Wilayah Kementerian Agama, Jauhar Mustofa berkata, pihaknya tidak dapat ‘memaksa’ jemaah Masjid Aolia mengikut penentuan hari raya seperti diputuskan oleh pemerintah.

“Kejadian itu bukan kali pertama berlaku, namun tahun ini ia jauh lebih awal (sambutan Aidilfitri berbanding keputusan yang diputuskan pemerintah),” katanya.

Berdasarkan Kalendar Hijrah Indonesia terbitan Kementerian Agama, 1 Syawal sepatutnya jatuh pada Rabu ini, namun pemerintah akan mengumumkan secara rasmi tarikh Hari Lebaran. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan