Seorang wanita yang dikenali sebagai Syifa mengakui tidak sangka bahawa suami yang baru dinikahinya itu tergamak berbohong dan mengkhianatinya dengan memberikan barang emas palsu ketika majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di wilayah Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Dedi Mulyadi yang juga seorang ahli politik Indonesia yang berpengaruh dilaporkan turut hadir di majlis perkahwinan mereka sebagai saksi.
Wanita bernama Syifa Dwi Fatmawati itu berkahwin dengan lelaki yang bekerja sebagai pegawai polis menggunakan mas kahwin palsu.
Difahamkan bapa Syifa yang meninggal dunia pada 3 Mac lalu mengetahui tentang perkara tersebut dan sempat memaklumkan kepada besannya (keluarga mentua Syifa) namun tidak diendahkan. Malah, dia juga pernah menegur dan memarahi menantunya atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Ayah Syifa Dwi Fatmawati bernama Diaudin itu meninggal dunia pada 3 Mac 2024, sebelum Ramadan.
Sementara itu, Syifa mengakui buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sedangkan sebelum ini dia sudah berusaha untuk berbincang secara baik, namun tidak berjaya.
@malaysianupdatenews Jika itu yang terbaik, min sokong #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #viral #fyp ♬ bunyi asal – boyottlahh._
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI