Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
Dalam satu rakaman tular memaparkan kedua-dua pesawat ringan itu bertembung di udara sewaktu melakukan latihan sempena lawatan Sultan Selangor.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.
Memetik laporan Harian Metro, seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.
Sementara itu semua acara sempena Ulang Tahun ke-90 Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Sabtu ini di Pangkalan TLDM di sini dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati anggota keluarga serta waris 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi dua helikopter bertembung pagi tadi.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI