Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.

Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh isterinya, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu.

Hafizul Hawari, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah.

Bagaimanapun, Hafizul Hawari, 38, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah.

Advertisement

“Faham, tidak (mengaku tidak bersalah),” katanya bagi kedua-dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa tujuh anak itu didakwa melakukan cubaan bunuh terhadap Farah Md Isa, 38.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, dan jika menyebabkan kecederaan, penjara maksimum 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, Hafizul didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Mohd Nur Hadith Zaini, 38, dengan menggunakan senjata iaitu pistol yang boleh menyebabkan kematian.

Terdahulu media melaporkan beliau berulang kali memaklumkan menyayangi isterinya selain sempat memberi salam dan berterima kasih kepada pihak media.

Advertisement

“Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

5 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago