Connect with us

Global

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup buat sementara waktu susulan siri tunjuk perasaan pro-Palestin pada minggu lalu, lapor portal berita Arab News kelmarin.

Restoran terletak di Dely Ibrahim, pinggir Algiers itu bagaimanapun beroperasi tanpa logo Kolonel Sanders pada bangunannya.

Kolonel Sanders dari Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia pada 1980 merupakan pengasas restoran itu.

Namun, masih tidak jelas sama ada restoran tersebut telah bertukar milik atau kekal di bawah payung syarikat induk KFC, Yum! Brands.

Advertisement

Restoran itu sebelum ini diboikot kerana dituduh mempunyai kaitan dengan Israel walaupun berpangkalan di AS.

Yum! Brands pula didakwa telah membuat pelaburan dalam syarikat milik Israel termasuk TicTuk.

TicTuk membolehkan pelanggan memesan makanan menerusi rangkaian sosial dan aplikasi mesej.

Pada 16 April lalu, penunjuk perasaan berkumpul di luar restoran tersebut dan menyeru ia diboikot selain menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin ketika perang Israel-Hamas berterusan di Semenanjung Gaza. – AGENSI

Sumber: Kosmo!

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel