Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD – Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang ditembak oleh penunggang motosikal bersenjata di hadapan rumahnya di tengah Baghdad.

Juga dikenali sebagai seorang pempengaruh, Ghufran Sawadi atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, ditembak mati di luar rumahnya di ibu kota Iraq itu, pada Jumaat malam, lapor media antarabangsa.

Seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, penyerang itu melepaskan tembakan ke arah Umm Fahad selepas mangsa meletakkan kereta Cadillac yang dipandunya di hadapan rumah.

Sejurus melepaskan tembakan, suspek merampas telefon bimbit Umm Fahad dan segera melarikan diri dari tempat kejadian.

Advertisement

Seorang jiran Umm Fahad yang dikenali sebagai Abu Adam berkata, dia bergegas keluar dari rumah selepas mendengar dua das tembakan dilepaskan dan melihat pintu kereta terbuka dan mangsa terbaring.

“Wanita yang bersamanya (dalam kereta) melarikan diri dan pasukan keselamatan segera datang dan menutup seluruh kawasan serta mengambil mayat mangsa dan menunda keretanya,” katanya.

Susulan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Iraq mengumumkan penubuhan jawatankuasa siasatan khas untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.

Umm Fahad meraih populariti di platform media sosial TikTok melalui perkongsian video dia menari mengikut muzik pop dengan pakaian yang sesuai.

Susulan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Iraq mengumumkan penubuhan jawatankuasa siasatan khas untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.

Advertisement

Umm Fahad meraih populariti di platform media sosial TikTok melalui perkongsian video dia menari mengikut muzik pop dengan pakaian yang sesuai.

Sebelum ini, penyiaran video sedemikian dianggap tidak sesuai oleh badan kehakiman Iraq.

Dia juga pernah dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana “jenayah menghasilkan dan menerbitkan beberapa filem dan video yang mengandungi bahasa lucah dan tidak senonoh, melanggar kesopanan dan moral awam,” kata kenyataan badan kehakiman Iraq.

Kejadian yang menimpa Umm Fahad bukanlah baharu kerana sebelum ini, personaliti media sosial Iraq yang lain juga telah menjadi sasaran serangan maut.

Pada September 2023, seorang personaliti TikTok Iraq yang popular, Noor Alsaffar atau lebih dikenali sebagai Noor BM, seorang transgender juga ditembak mati di Baghdad.

Advertisement

Noor Alsaffar yang mempunyai lebih 370,000 pengikut di Instagram dan TikTok pula memilih berkongsi hantaran video pendek mengenai fesyen, rambut dan solekan serta sering menari mengikut alunan muzik.

@malaysianupdatenews Bintang TikTok Iraq maut.. #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #iraq ♬ suara asli – nayla music official

Pembunuhan Noor Alsaffar terjadi ketika Iraq bertindak keras terhadap gerakan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dan menjadikannya sebagai jenayah dalam undang-undang negara itu. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

11 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

2 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago