Connect with us

Politik

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo ditahan hari ini bagi membantu siasatan berkaitan video didakwa berbaur hasutan dimuat naik oleh pempengaruh itu.

Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak di sini tengah hari tadi.

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima berkaitan video beliau mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart Datuk Seri Chai Kee Kan di Istana Negara dimuat naik di laman sosialnya yang berunsurkan hasutan,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata pihaknya kini dalam proses memohon reman terhadap Papagomo bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement

Terdahulu tular satu video di Facebook memaparkan Wan Muhammad Azri ditahan sepasukan anggota polis di kediamannya di sekitar Setapak.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel