Monday, December 08, 2025

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

May 3, 2024
1 min read

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi, Indonesia pada bulan lalu terungkai selepas pembunuhnya ditahan polis pada Selasa.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rini Mariany, 50, pada mulanya dilaporkan hilang sehari sebelum mayatnya ditemui pada 25 April lalu.

Susulan daripada itu, polis giat mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

Media melaporkan, suspek yang dikenali sebagai Ahmad Arif Ridwan, 28, ditahan ketika sedang menyembunyikan diri di Seberang Ulu II, Palembang pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Metro Jaya, Ade Ary Syam Indradi berkata, suspek dan mangsa sempat berhubungan intim di sebuah hotel di Bandung.

“Suspek yang bekerja auditor kemudiannya membunuh mangsa dan turut mengambil wang berjumlah RM12,618 (43 juta Rupiah) milik mangsa.

“Duit itu sebenarnya milik syarikat mangsa dan ketika kejadian, Rini ingin memasukkan duit berkenaan ke bank selepas berjumpa dengan suspek,” katanya pada Khamis.

Sementara itu, menurut media antarabangsa, Ahmad Arif memerlukan wang tersebut bagi perbelanjaan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Tambah Ade, motif pembunuhan adalah disebabkan suspek memerlukan wang tersebut.

“Suspek kini sudah ditahan dan direman. Sekiranya didapati bersalah, Ahmad Arif berkemungkinan berdepan dengan hukuman mati,” katanya. — Agensi

Sumber: Majoriti

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian