Friday, December 05, 2025

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

May 4, 2024
1 min read

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba ‘membahagikan’ daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh dan mengerat-ngeratnya dengan tidak berperikemanusiaan.

Perbuatan tidak tercapai dek akal itu dilakukan pelaku dikenali sebagai Tarsum, 41, terhadap Yanti, 40, ketika kejadian mengerikan di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, Kecamatan Rancah, Kabupaten Ciamis di Jawa Barat pada Jumaat.

Ketua kampung, Yoyo Tarya berkata, dia turut ditawarkan daging yang diletakkan dalam karung oleh suspek.

“Pada mulanya, saya tidak tahu berlaku pembunuhan. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laungan suara Tarsum yang menyebut tentang daging isterinya seperti orang kurang siuman,” ujarnya lagi.

Yoyo kemudiannya bertindak segera melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa yang bergegas memberkas pelaku.

Sementara itu, saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.

Kira-kira tiga hari sebelum insiden tragis itu, Tarsum yang merupakan penjual kambing di desa tersebut dikatakan seperti sedang tertekan dipercayai kerana faktor ekonomi malah dia turut didatangi pengutip hutang. – Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan