Connect with us

Terkini

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.

Memetik laporan media tempatan, seorang lelaki berusia 33 tahun dilaporkan telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang merupakan jirannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa di Daerah Tamalatea, Jeneponto, Indonesia Januari lalu.

Suspek yang dipercayai mabuk telah memasuki rumah mangsa melalui pintu tepi ketika mangsa terjaga tengah malam untuk pergi ke tandas.

Advertisement

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum suspek ditahan pihak berkuasa pada Februari.

Meskipun penjenayah telah ditahan oleh pihak polis, namun orang ramai berang dengan kejadian itu dan bertindak merobohkan rumah yang didiami suspek.

Terdahulu tular video memaparkan sekumpulan golongan wanita yang dipercayai para ibu mengerumuni dan merobohkan rumah tersebut. Tonton video kejadian DISINI.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel