Tuesday, December 09, 2025

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

May 11, 2024
1 min read

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak.

Difahamkan juga lelaki itu yang dikenali sebagai Iwan turut mendakwa isterinya curang dengan lelaki lain sehingga dia nekad melakukan tindakan itu.

Memetik laporan berita Kompas, sebelum kejadian itu berlaku, pasangan tersebut bergaduh sebelum suspek, Iwan nekad mencekik isterinya dan menusuk lehernya dengan berus gigi.

Kejadian tersebut terbongkar apabila ibu mertuanya, Norida menemukan anaknya, Risma terbaring tidak bernyawa di kediaman pasangan itu.

“Setiap kali saya pulang kerja, dia tak pernah masak. Selalunya saya makan sendiri.”

“Kalau saya suruh dia masak atau cuci baju, dia selalu kata dia bukan orang gaji di rumah ini.”

Iwan juga mendakwa dia pernah menangkap sendiri Risma bersetubuhan dengan lelaki lain di hotel dan perbuatan ini membuatkan dia terpaksa tinggal berjauhan dengan anak lelakinya.

“Pertama saya jumpa dia di hotel dengan lelaki lain. Kali kedua, saya jumpa dia keluar dengan lelaki lain. Kali ketiga dari video call dan dari situ saya tak dapat maafkannya.”

Ibu kepada Risma bagaimanapun menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh menantunya itu.

“Anak saya tak masak sebab di rumah sewa mereka tak ada dapur, tak ada peralatan memasak. Setiap hari anak saya selalu masak di rumah saya dan kemudian bawa pulang ke rumah dibawa pulang ke rumah diberi kepada suaminya.”

Susulan itu, polis telah menahan suspek yang difahamkan ingin melarikan diri ke pulau.

Kredit: Kompas

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini