Connect with us

Kemalangan

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS — Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dekat Jalan Lahar Kepar Penaga, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 7.39 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Butterworth ke lokasi kejadian.

“Anggota penyelamat yang melakukan penyelaman telah menemukan sebuah kereta jenis Perodua Alza di dasar sungai dan terdapat seorang mangsa perempuan berumur 40 tahun di dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa Siti Hawa Mohd Isa berjaya dikeluarkan pada 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 10.06 pagi.

Rakan baik mangsa, Sarimah Saidin, 50, berkata menjadi rutin Siti Hawa pergi ke pasar pada setiap hujung minggu dan kebiasaannya mereka akan pergi bersama-sama dua lagi rakan, namun minggu ini masing-masing mempunyai urusan lain dan ada yang tidak sihat.

“Jadi, Allahyarham memandu seorang diri hari ini menghantar kuih sebelum singgah ke pasar dan tidak sangka pula dia terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa.

“Kehilangannya amat dirasai, namun kami bersyukur kerana pengurusan jenazah arwah berjalan pantas dan lancar,” katanya ketika ditemui di pekarangan di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) di sini hari ini.

Seorang lagi rakan baik mangsa, Asmah Ismail, 46, menyifatkan ibu kepada lima anak itu sebagai seorang wanita yang kuat dan ringan tulang selain aktif berpersatuan.

Advertisement

Menurutnya Siti Hawa juga menjadi tulang belakang keluarga yang banyak menguruskan hal rumah dan anak-anak, berikutan suaminya kurang sihat selepas ditimpa kemalangan beberapa tahun lepas.

“Kali terakhir saya bertemu Allahyarham kelmarin. Kalau tidak berjumpa pun setiap hari Allahyarham akan telefon saya dan rakan-rakan lain bertanyakan khabar selain aktif berbual di kumpulan WhatsApp,” katanya.

Jenazah Siti Hawa yang selesai dimandi dan dikafankan di HKB selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat di sini selepas zuhur.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel