JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) — Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi, dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata susulan kejadian itu, polis melakukan serbuan di rumah suspek di Ulu Tiram dan menahan lima ahli keluarga lelaki terbabit, berusia 19 hingga 62 tahun.
“Saya juga telah arahkan Bahagian Cawangan Khas untuk mengesan dan mengenal pasti ahli Jemaah Islamiyah yang berada di negeri ini, yang dianggarkan lebih 20 orang,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Sumber: Bernama
JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) — Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.
Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.
Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.
Bagaimanapun, maklumat selanjutnya akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang dijangka tiba di lokasi pagi ini.
Jenazah dua anggota dan seorang yang maut serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin berkata suspek yang ditembak mati dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.
Kenyataan itu di berikan ketika ditemu bual oleh wartawan di depan Balai Polis Ulu Tiram sebentar tadi.
Selain itu, sebelum kejadian ada dua pelajar lelaki dan perempuan datang pada jam 2.30 pagi. Hanya untuk dapatkan pendapat kononnya dicabul pada 2 tahun lalu.
Tambah Razarudin lagi, polis akan siasat dua pelajar terbabit kerana menurut beliau jika datang ke balai pada 2.30 pagi hanya untuk dapatkan pendapat tentang kes cabul 2 tahun lepas adalah tidak logik.
Sumber: BERNAMA
Terkini memetik laporan Harian Metro, suspek yang ditembak mati dalam insiden di Balai Polis Ulu Tiram di Johor semalam didapati bukan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 21 tahun itu pada awalnya disyaki mempunyai kaitan dengan JI berdasarkan pembabitan bapa suspek yang juga ahli kumpulan pengganas berkenaan.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI