Friday, December 05, 2025

“Bagaimana awak boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak, kemudian muat naik dalam media sosial?” – Majistret

May 23, 2024
1 min read

“Bagaimana awak semua boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak? Awak tak fikir ke di bawah itu ada tangki minyak? Lepas itu muat naik dalam media sosial”.

Itu pertanyaan yang dilempar oleh Majistret Nadhratun Naiem Zainan kepada seorang lelaki dan tiga wanita yang dituduh melakukan aktiviti memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Bentong pada 21 Mei 2024 lalu, tertuduh yang juga ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran (peniaga kedai makan), Nur Fatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan) dan Nur Anis Salleh (pembantu pergigian) masing-masing berusia 24 tahun dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.

Nurfatin memberitahu perbuatan itu dilakukan secara rawak dan memberikan alasan lapar selain mereka kesemua mengakui kesilapan yang dilakukan.

Fadhli juga mengakui mereka merancang untuk memasak di tempat lain tapi sudah penuh dan mendakwa kawasan memasak ketika itu jauh dari nozel minyak.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 12 Mei lalu kira-kira jam 1.30 pagi di stesen minyak Petron Taman Cendawan dekat Genting Highlands, di sini, dalam mencapai niat bersama telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak terbabit yang merupakan perubahan gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan meminta agar denda dapat dikurangkan kerana masing-masing perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik selain ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan