Connect with us

Terkini

Bekas Pengacara Majalah 3, Abdullah Sidek Majin Meninggal Dunia

Bekas pengacara dan wartawan rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Berita pemergiannya itu dikongsikan oleh kenalannya di laman Facebook.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pada jam 11 malam tadi.

“Sahabat kami Allahyarham Abdullah Sidek Majin, bekas pengacara TV3 telah kembali ke rahmatullah jam 11 malam.

Advertisement

“Moga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman, Al Fatihah,” kata Mahadi Zamri.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim jam 10.30 pagi ini.

Untuk info, Abdullah Sidek sudah tiga bulan menderita penyakit kanser limfoma selain sudah tidak aktif di televisyen sejak lapan tahun lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel