Friday, December 05, 2025

Peguam Sah Tarik Diri, Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Bermula Hari Ini

June 4, 2024
1 min read

Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula Selasa.

Menurut Mahmud Jumaat, penarikan menjadi peguam kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas beberapa faktor tertentu.

Difahamkan, ibu dan bapa Zayn Rayyan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak Sabtu lalu.

Terdahulu, menerusi laporan media tempatan, pasangan berusia 28 tahun itu dilaporkan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut Sinar Harian, pasangan suami isteri itu ditahan di kediaman mereka di Puncak Alam, kira-kira 10.25 pagi, Jumaat lepas oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pada 6 Disember tahun lalu, kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang juga anak sulung pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan saliran air, kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan