Pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib telah meninggal dunia pada malam ini.
Berita duka itu dikongsikan oleh isteri Allahyarham di laman Facebook sebentar tadi.
“Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali pada penciptaNya. Maaf kan kesalahannya doakan yang baik baik untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Prof Madya Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata beliau menerima panggilan daripada rakan-rakan terdekat mengenai pemergian Pyanhabib kira-kira pukul 9 malam tadi.
Jelasnya, Allahyarham sepatutnya mendeklamasi puisi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 tetapi tidak dapat hadir kerana faktor kesihatan.
Dilahirkan di Taiping, Perak pada 27 Mei 1958, Pyanhabib pernah membintangi drama One Cent Thief yang menjadi perhatian di Astro Ria pada 2022.
Beliau juga telah menulis beberapa buku seperti Balada Pyanhabib dan Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi-Puisi Pyanhabib.
Pyanhabib juga pernah muncul dalam beberapa filem antaranya Kembara Seniman Jalanan, Tsu Feh Sofiah, Rozana Cinta 87, Tak Kisahlah Beb, Mat Som, Rock Oo!, Apokalips X dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.
Pyanhabib juga pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Tsu Feh Sofiah di Festival Filem Malaysia ketujuh, namun beliau bertindak memulangkan kembali trofi itu.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI